Thursday, August 12, 2010

1 Ramadan 1431

*Photos has been deleted


Alhamdulilah ... Dapat lagy kiter jumpe Ramadan tahun ini. Ilah harap memperbaiki diri ilah di bulan yg suci ini hopefully Ilah diberikan kesihatan dan tenaga untuk buat ibadah...
So marilah kiter samer2 mengambil kesempatan ini berdoa dan melakukan amal ibadah bersungguh2 dan ikhlas...semoga diampunkan segala dosa dan mendapat pahala Insya-Allah....Selamat menjalani ibadah puasa semua!


Day 1 of Sahur: Fish Finger with Hotdog bread.


Day 1 of Buka: Roti Kirai and Kari ayam

Ilah took the recipe from here

Roti Kirai aka Spider Web


Ingredients:
1kg tepung gandum
300 ml susu cair (sejat) - [I used 1/4 can of carnation evaporated milk]
950 - 1000 ml air
3 biji telur
3 sudu teh garam (atau ikut rasa)
sedikit pewarna kuning
Method:
Semua bahan disatukan, kacau rata2 lalu ditapis.
Panaskan kuali leper, sapukan minyak sikit dan mulalah "merenjis' atau 'mengirai'.
Sesekali sapukan minyak atas kuali tadi. Ambil dua keping roti renjis ini, tangkupkan dan lipat.
Kari Ayam
Ingredients:
1 ekor ayam dibersihkan, dibuang kulit & dipotong 8 atau 12 kpg
2 biji bawang besar }
4 ulas bawang putih }
1 inci halia } ...... dikisar halus dgn sedikit air
10 sudu besar (bumbung) serbuk kari BABAS
1 biji bawang besar (hiris)
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum biji pelaga
2 inci kayu manis
minyak secukupnya
200 ml santan (1 kotak) - [I omit this]
3 biji kentang (belah 4)
2 biji tomato (optional)
Tomato Sauce
1 batang serai (dititik)
Daun Kari
Daun Ketumbar
garam secukup rasa


Method:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang besar hiris, serai dan rempah campak hingga bawang layu.
Masukkan daun kari, bahan kisar yg telah dicampur dgn rempah kari tadi dan kacau rata. Tumis hingga rempahnya garing dan naik bau.
Kemudian masukkan ayam, secukup air (2-3 cawan), garam dan separuh santan tadi. Kacau2 sebentar dan biarkan ayam hingga setengah masak, lalu masukkan kentang.
Bila kentang dan ayam hampir masak, masukkan lebihan santan tadi bersama tomato. Kecilkan api dan biarkan kuahnya mendidih sebentar (5 minit) sebelum ditutup api.
Garnish dgn daun ketumbar.

2 comments:

Anonymous said...

thank you dear for the recipe!! - mrsfarik idah

ilah manaf said...

no prob darling